Thursday

skype

4 hari cuti sebab Raya Haji kan . Aku plak , balik malam Rabu dengan menggunakan perkhidmatan bas Mayang Sari . Terima kasih jugak kepada senior Sufi dan senior Hatim sebab menghantar aku dan Syera ke Melaka Sentral . Haikal pulak , awal-awal lagi dah balik . Konon jauh laa sangat kan Melaka dengan Pahang . Dah naik bas , baru sibuk nak rindu bagai . Haha . Padan muka . Sapa suruh chow awal lagi . 


Sebab rindu , aku skype laa dengan Haikal . Hahhh , sekali adik-adik dia masuk . Meriah betol . Nak-nak lagi adik dia yang aku suka tuu (Firman Hafizi) . Comel betol Iman tuu . Bila dah tengok Iman , mula lah aktiviti aku cakap merapu dengan Iman .


Ain    : Hi, Iman .

Iman : *memberi senyuman yang menawan :)

Ain    : Iman buat apa tuu ?

Iman : Iman tak buat apa pun !

Ain    : Iman sayang kakak tak ?

Iman : Tak .

Ain    : Kenapa ? * hairan -____-

Iman : Kak Ain love Abe Ka . *di mana Abe Ka itu merujuk kepada Haikal .

Ain    : Hehe :D *malu sat . 

           Iman nak coklat tak ? Kak Ain beli .

Iman : Tak nok . Sebab Iman dah besar . Kakak-kakak . . . 


Kejap ! Tiba-tiba si Iman tuu , buat flying kiss . Haishhh ! Geram tengok . Seriously , aku memang geram sangat dengan budak-budak yang banyak cakap ni . Dan aku rasa sunyi sebab aku tak punya adik-beradik untuk gelak ketawa macam Haikal dan adik-adik dia . Haikal pulak cakap dekat aku , bukan senang na jaga adik-adik macam adik dia . Yelaa , semua askar . Lari sana , lari sini . Tapi , aku sangat gembira bila aku tengok Haikal rapat sangat dengan adik-adik dia . 


Sebab tuu , aku suka sangat layan Hana . Main dengan imagine dia . Sometime jadi cikgu , maid , old lady , kitty and so on . Sampai satu tahap , aku sendiri tak faham apa dia cakap . Haha . Kesian aku . Yelaa , English UK dia pekat sangat . Alhamdulillah , bila aku ajar dia cakap Melayu , ada jugak 3-4 perkataan yang dia tau macam Hana cantik , Hana comel . Tapi sebutan yang kurang memuaskan . Fatin , boleh laa faham Melayu sebab 1 tahun lebih Toksu amik dia dari UK duduk Malaysia . 


Kepada warga Malaysia yang tinggal di luar negara , jangan lupa bahasa kebangsaan kita . Yeahh , maybe , we'll look so high because we can speak english very well . Good in writting , but never forget the motherland . Thank you :)